Buku Antologi Cerpen 7 Tahun Mencintaimu ini memuatkan 17 orang penulis Sabah yang terkenal. Kenalilah penulis- penulis Sabah melalui karya dalam buku Antologi ini. Karya saya yang bertajuk Cahaya Di Hujung Noktah yang ditulis semula dari karya asal Cahaya Derita merupakan antara karya yang harus anda baca. Miliki buku ini dengan harga RM25 senaskah. Jika berminat hubungi saya di 012 8277466 (whatsApp)
Disiarkan dalam Ruangan Sastera & Budaya Harian Ekspres pada 21 Oktober 2018 Tajuk Cerpen : Anak Syurga Penulis : Salvia Rose Hidupku tidak seindah burung-burung yang terbang bebas di awan biru. Aku hanya sebatang tubuh yang tidak bisa berjasa pada insan yang melahirkan aku. Aku terpaksa akur dalam keterpaksaan. Aku terpaksa mengalah pada sebuah perjuangan yang belum aku tempuhi dan terokai pengalamannya. Aku terpaksa pasrah walau hatiku tidak ingin mengalah. Sesungguhnya, kudratku tidak mengizinkan aku untuk melangkah apatah lagi untuk melakukan sesuatu seperti manusia normal yang lain. Aku kalah pada perjuangan fizikal namun satu yang tidak orang lain ketahui, hatiku tidak pernah mengalah dan jantungku tetap berdegup kerana aku tidak mahu terus kecundang dalam kehidupan. Aku hanya terbaring di atas tilam yang sudah sebati baunya dengan diriku ini. Tilam yang sering diangkat keluar ke ampaian, dijemur untuk mengh...
Tajuk : Cinta Si Duyung Penulis : Salvia Rose Cerpen ini adalah antara karya saya yang dimuatkan dalam BUKU KUMPULAN CERPEN CINTA SATU HARI. Alunan renangnya tidak lagi selincah seperti seratus tahun yang lalu. Siripnya tidak lagi sekilau mutiara yang disinari mentari pagi. Semuanya semakin pudar jauh meninggalkan zaman mudanya yang penuh dengan kelincahan dan kebahagiaan. Rambutnya yang suatu ketika dahulu berkilau keemasan itu mula pucat dan tidak lagi seindah sinaran rembulan malam. Elonara terbatuk- batuk kecil. Dia duduk di atas batu dan sirip kakinya dilunjurkan ke dalam laut, mengibas- ngibas air lautan yang tidak lagi sejernih dahulu. Kotor. Menyesakkan. Semua dari mereka yang hanya mementingkan diri. Kekotoran dihumbankan ke laut, disalirkan sisa dunia dari kekayan yang telah disedut oleh manusia. Bumi semakin tua. Satu plastik hitam beralun- alun dipukul ombak. Plastik yang kotor dan nampak uzur. Ombak hanya bisa mengalun perlahan tanpa ad...
Comments