Cerpen Mawar Merah Untuk Riona Oleh Salvia Rose
MAWAR MERAH UNTUK RIONA
Penulis:
Salvia Rose
Persahabatan
ini sangat indah perjalanan kitaran hidupnya tanpa kita sedari. Keserasian yang
dikongsi dalam kegembiraan dan kesedihan umpama air yang tidak berhenti
mengalir walau ada batuan di sungai yang cuba mengubah arah alirannya. Kekuatan
persahabatan itu bukan dinilai dari usia terjalinnya hubungan tetapi pada
keserasian dan perhubungan ikhlas yang menerima kekurangan dan kelebihan
sahabat, saling melengkapi dan membaiki kelemahan yang ada. Lubang- lubang
kebocoran pada belon kehidupan ditampal bersama dan sentiasa dijaga agar tidak
ada kebocoran lain yang menggugat jalinan itu.
Isabella tersenyum memandang Riona, sahabatnya. Tidak ada garis- garis duka pada raut wajah itu. Semuanya berjaya disembunyikan di balik tawa dan wajah yang sentiasa dihiasi senyuman. Yang ada hanya keriangan dan lawak yang sering dipenuhi dengan usikan yang membuat Isabella tersenyum dan ketawa.
Isabella baru tiga tahun mengenali Riona. Namun jambatan persahabatan mereka sangat utuh dan tidak mudah digoyangkan oleh hempasan ombak dunia. Mereka saling menyandarkan kepercayaan dan menghargai pendapat masing- masing. Hal peribadi tidak pernah dicampur adukkan dalam persahabatan dan mereka menjaga ikatan suci itu dengan saling menghormati kehidupan peribadi walau banyak cerita kehidupan dikongsi bersama. Riona banyak mengajarnya erti kesabaran dan tidak mengikut perasaan bila ada sesuatu yang menggugat lava kemarahannya.
Kenangan tiga tahun yang lalu mula bermain di fikiran Isabella. Dia tersenyum mengingati detik manis pertama kali mengenali sahabatnya itu. Masih segar, pertama kali melihat Riona, hati Isabella bagai digaru- garu untuk mengenali dengan lebih rapat lagi wanita itu. Dia melihat Riona sebagai seorang kawan yang istimewa. Sangat berbeza di matanya dan hatinya berdegup kencang ingin mendekati dan berkawan dengan wanita itu.
“Hai Cikgu Riona!”, tegur Isabella bila dia berselisih dengan Riona semasa menunggu anaknya di hadapan pejabat sekolah. Anaknya yang sulung merupakan seorang pelajar yang pintar. Dia mewakili Daerah Penampang ke Pertandingan Catur Peringkat Negeri yang diadakan di salah sebuah sekolah menengah di Daerah Tuaran.
Riona tercari- cari akan suara itu. Bayangan yang terhalang oleh pasu dan pokoknya yang tinggi. “Hai!”. Hanya itu yang dibalas oleh Riona kerana dia tidak pasti siapakah pemilik suara itu.
Perkenalan yang singkat dengan Riona tidak putus begitu sahaja. Persahabatan mula terjalin umpama aliran air sungai yang tidak pernah putus. Perbualan demi perbualan berterusan di Facebook dan seterusnya di watsup. Inilah dunia gajet. Semuanya mudah hanya di hujung jari sahaja.
“Eh…! mengelamun teringat kekasih lamakah?” usik Riona melihat Isabella yang merenung jauh. Pandangan yang penuh makna dengan sinaran mata yang dihiasi dengan warna-warni kegembiraan. Isabella tertawa mendengar usikan itu.
“Mestilah. Cinta pertama,” balas Isabella sambil tangannya terus menampar bahu Riona perlahan. “Eh! Saya yang bertimbun peminat ni diam- diam ja pun.” Gurau Riona menambah suasana menjadi meriah dengan tawa mereka. Bunga- bunga persahabatan berterbangan indah menghiasi muka bumi.
“Bella… bila saya sudah pencen, saya mahu melancong bersama kamu. Kita pi Paris ya.” Serius bicara Riona. Isabella memandang Riona. Ketawa. “Ke hujung dunia pun saya mau asal bersama dengan sahabat tersayang saya ni,” jawab Isabella tersenyum.
Persahabatan mereka sentiasa disirami dengan tawa dalam kehidupan. Anak- anak Isabella bersekolah di tempat Riona bertugas. Seorang di tahun enam dan seorang lagi di tahun dua. Ini memudahkan bagi Isabella berjumpa dengan Riona bila sahaja ada kelapangan. Adakalanya, Riona juga akan mengunjungi Isabella dan anak- anaknya pada hujung minggu semasa ketiadaan suami Isabella. Suami Isabella juga sangat menyenangi Riona dan dia amat berterima kasih kepada Riona kerana membantunya melihat isteri dan anak- anaknya semasa dia bekerja di luar daerah.
“Bella, kalau saya yang mati dulu, jangan lupa tanam pokok bunga mawar di pusara saya nanti. Kamu tahu juga saya ni gilakan bunga mawar.” Kata- kata Riona menyentap hati Isabella. Namun, dia pura- pura tidak menunjukkan perasaannya yang sebenar walau kurang senang dengan gurauan Riona itu. “Sudah tentu boleh! Bunga tahi ayam pun saya akan tanam.” Ketawa besar Riona mendengar balasan Isabella itu.
Kesibukkan dengan kerja- kerja sekolah membuatkan Riona adakalanya tidak dapat berjumpa selalu dengan Isabella. Tugas sebagai pendidik bukanlah satu tugas mudah di zaman ini. Riona bukan sahaja mengajar di waktu pagi tetapi adakalanya di waktu petang selepas sesi persekolahan berakhir, masa terisi dengan mesyuarat sekolah, kelas tambahan, aktiviti sekolah, latihan- latihan untuk pertandingan atau menyiapkan kerja- kerja sekolah. Kepenatan membuatkan Riona memilih untuk berehat di rumah selepas pulang dari sekolah.
Dalam bersahabat, hanya pengertian yang Riona perlukan. Bagi Riona, ukuran persahabatan bukanlah perlu bersama setiap hari. Persefahaman dan saling menyokong adalah yang penting dalam persahabatan itu. Kadang- kadang ada rasa rindu untuk menghabiskan masa bersama, namun semua itu perlukan ruang masa tanpa balutan kepenatan.
Namun dalam luar kawalan, hati kecil Isabella meronta merajuk dan bibit- bibit rasa kecil hati semakin membesar. Dia sudah terbiasa dengan hari- harinya yang sentiasa ada Riona dengan gelagat lucu yang selalu menghiburkan hatinya itu. Rasa rindunya untuk menghabiskan masa lapangnya bersama Riona semakin menebal. Rindunya semakin membuak mengamuk.
“Beribu- ribu ampun Bella. Saya tidak ada banyak masa ni. Lepas ni ke sekolah semula untuk melatih murid bagi pembentangan Inovasi Doktor Muda.” Riona merenung wajah sahabatnya memohon sebuah pengertian. “Pergilah. Sekarang ni kamu mana ada masa untuk saya lagi.” Agak dingin balasan Isabella.
“Bella, tolonglah mengerti. Lepas sahaja selesai pertandingan ini, saya akan memperuntukkan masa yang berlimpah- limpah untuk kamu. Saya janji.” Riona cuba untuk memujuk sahabatnya itu. Isabella memandang wajah Riona di hadapannya. “Pergilah, murid- murid menunggu kamu tu. Saya akan pegang janji kamu tu.” Isabella tidak ingin terus mengeruhkan suasana. Dia tidak juga sampai hati membiarkan sahabatnya itu pergi dengan hati yang berat. “Terima kasih Bella.” Riona memeluk Bella dan bergegas keluar dari restoran makanan segera itu.
Pandangan Isabella mengikut langkah Riona sehingga Riona hilang dari pandangannya. Rasa menyesal mula bersimpuh di hati kerana melayan Riona dengan dingin tadi. Dia sedar yang Riona sudah berusaha untuk meluangkan masa. Hanya hatinya yang terasa cemburu kerana adakalanya Riona lebih memberi perhatian pada kerja- kerjanya dari dirinya sebagai sahabat.
Isabella membuka galeri gambar pada telefon bimbitnya. Dia tersenyum melihat gambar- gambar mereka berdua. Dia bangga kerana mempunyai sahabat yang bukan sahaja cantik tetapi ceria dan baik hati. Isabella sedar semua itu. Ada saudara maranya yang cemburu melihat keakraban mereka berdua. Sejak kehadiran Riona dalam hidupnya, tidak ada lagi wajah sedih menghiasi dirinya. Hatinya sentiasa terubat dengan kelucuan dan usikan Riona.
Isabella merenung gambar mereka berdua. Gambar yang terpancar dengan cahaya kegembiraan dan keriangan. Semua kepahitan yang terbeban di bahunya hilang setiap kali berjumpa dengan Riona. Isabella masih ingat lagi akan kata- kata Riona sewaktu di awal bersahabat. Dia akui bahawa dia sememangnya mempunyai sikap cepat merajuk dan adakalanya cepat panas hati. Ketika kita marah, bersikap sabar adalah pilihan yang terbaik kerana marah tidak akan menyelesaikan masalah. Kata- kata inilah yang banyak mengubah sikapnya.
“Kau memang seorang wanita yang cantik Riona. Pasti ramai lelaki yang kecewa kerana tidak berjaya memiliki hatimu.” Bisik Isabella di dalam hatinya.
Sejak kematian suami dan kedua- dua anaknya dalam kemalangan lima tahun yang lalu. Riona telah memilih untuk hidup bersendirian bersama dengan ibunya yang sudah uzur. Dia hanya mahu meneruskan menjaga ibunya dan tidak mahu memikirkan tentang dirinya lagi. Tidak siapa yang mampu mengubah keputusan Riona. Apatah lagi ibunya ataupun Isabella sahabatnya. Riona selalu membalasnya dengan usikan bila ditanya tentang dirinya. “Saya ni kan ramai peminat. Saya tidak mahu kecewakan sesiapa.”
Riona tetap meneruskan kehidupannya walau hatinya sentiasa menderita kerana telah kehilangan orang- orang yang sangat disayanginya. Dia tetap mengatur langkah meneruskan perjalanannya dalam hidupnya. Wajahnya yang sentiasa murah dengan senyuman dan sikapnya yang sentiasa periang mengaburi penderitaan hatinya. Tiada siapa yang mengetahui betapa rancak hatinya menangis dan meratapi pemergian suami dan anak- anaknya. Yang pasti tiada manusia yang akan bergembira sepanjang detik tetapi ia bukanlah alasan untuk hidup sengsara. Sesungguhnya, kekuatan itu tidak semestinya datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya hadir dari semangat yang tidak pernah mengalah pada cabaran kehidupan.
“Bella, minggu ini pertandingan Inovasi akan berjalan di Dewan Serbaguna Putatan. Ini bermakna mulai minggu depan, saya akan punya banyak masa untuk diluangkan bersama kamu. Kebetulan minggu depan cuti sekolah selama seminggu.” Riona memberitahu Isabella semasa mereka berjumpa di sekolah. Ketika itu, Isabella sedang menunggu anaknya yang mengikuti kelas tambahan. Isabella tersenyum gembira. “Akhirnya setelah sebulan tunggu kamu. Nanti saya rancang kita pergi mandi sungai dan jalan- jalan ya. Saya janji.,” balas Isabella gembira. Di fikirannya mau menculik Riona membawa dia jauh pergi dari kesibukkan kerja.
“Bella, kamu ke mana cuti sekolah ini?” tanya Welnie pada Isabella. Welnie adalah kawan lamanya sejak zaman bujang lagi. Mereka jarang berhubung dan hanya sekali sekala akan melepak minum bersama. “Baru mau merancang ni. Suami kerja di luar kawasan sehingga hujung bulan hadapan,” terang Isabella lancar. “Wah, kalau gitu mari kita balik ke kampung kamu. Lama sudah saya tidak ke sana,” ajak Welnie.
Entah bagaimana, tiba- tiba terbayang di fikiran Isabella untuk membalas kembali pada Riona yang telah mengabaikannya sejak sebulan lalu kerana kesibukkan kerja. Semua berlaku tanpa dirancang. Rasa kecil hati dan merajuk pada sahabatnya itu tiba- tiba membuak kembali.
Riona gembira kerana akhirnya cuti sekolah yang dinanti tiba. Namun, hasrat Riona untuk membuat kejutan di rumah Isabella gagal. Lama Riona menunggu di bawah apartment rumah Isabella. Kereta Isabella ada di bawah tetapi rumahnya kosong berkunci. Dia bekali- kali menghubungi Isabella namun gagal. Semua panggilannya tidak berjawab.
Keesokkan pagi, Riona datang ke rumah Isabella lagi. Hatinya mula bimbangkan Isabella. Pintu rumah masih berkunci. Lama dia menanti di bawah menunggu panggilannya dijawab oleh Isabella. Sambil itu, Riona mencoret sesuatu pada helaian kertas. Tiba- tiba satu mesej masuk.
Maaf Riona. Aku telah balik kampung dengan anak-anak. Cuti ni aku tidak dapat bersama dengan kamu. Jaga diri.
Berulang kali Riona membaca mesej itu. Ada rasa terkejut dengan tindakan sahabatnya itu. Namun, dia cuba untuk berfikiran positif. Mungkin ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan secara tiba- tiba. “Kalau begini, aku hanya akan berada di rumah berehat dan membawa ibuku bersiar- siar nanti.” Bisik hati Riona perlahan.
Semasa memandu pulang, telefon bimbit Riona berbunyi. Tertera di skrin SAHABAT TERSAYANG. Riona tersenyum. Gembira kerana akhirnya Isabella menghubunginya. “Bella, kamu apa khabar? Aku rindukan kamu.” Luah Riona dengan ceria. “Khabar baik. Saya di kampung sekarang ni.” Jawab Isabella. Ada nada menyesal di hatinya mendengar suara Riona.
“Alaaaa…bila kamu balik sini?” tanya Riona mengharap sahabatnya itu akan segera balik. Lama Isabella terdiam. “Maafkan saya Riona, tiga hari saya di sini. Saya dan anak- anak bersama dengan Welnie dan anak- anaknya. Saya tak dapat balik awal sebab esok kami sudah merancang akan mandi di sungai.” Jelas Isabella perlahan. Kata- kata yang dia tahu sebenarnya satu kelukaan untuk Riona. Rasa menyesal mula menyelubungi jiwanya. Dia mula menyedari kesalahannya yang hanya mengikut kata hati yang marah. Membuat keputusan dalam keadaan marah adalah umpama menusukkan pisau pada seseorang, walau pisau itu dicabut dengan kemaafan, lukanya tetap ada. Sesungguhnya, biarlah kata yang kita ungkap itu selari dengan apa yang kita rasa dalam keadaan tenang kerana seringkali yang terungkap oleh kita dalam kemarahan tidak akan sama dengan apa yang ingin diungkap.
Berderai air mata Riona. Hatinya benar- benar terluka. Isabella berjanji untuk merancang percutian mereka bersama mandi-manda di sungai sebelum itu. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku. “Sampai hati Bella buat begini.” Air mata yang jatuh membasahi pipi semakin deras, mengaburi pandangannya. Riona tidak sempat mengesat air matanya. Lori besar muncul di hadapannya dari simpang sebelah kiri. Tiba- tiba sahaja semuanya dirasakan gelap.
Isabella tidak dapat duduk diam. Hatinya kusut. Fikirannya mula tidak tenang. Suara anak- anaknya dan anak- anak Welnie bermain gembira bersiraman air di tepi sungai langsung tidak menarik perhatiannya. Dia menyesal kerana tidak menjelaskan perkara sebenar kepada Riona. Dia sendiri yang memungkiri janji. Janji untuk bercuti bersama dan janji untuk tidak melukakan sahabatnya.Hati Isabella semakin gusar bila semua panggilan telefonnya tidak dijawab oleh Riona. “Mungkin dia sedang marahkan saya.” Fikir Isabella. Keesokkan hari, tidak sabar lagi Isabella untuk pulang dan berjumpa dengan sahabatnya. Dia sememangnya rindukan sahabatnya itu. Welnie hanya memerhatikan gelagat Isabella. Jelas tidak ada kegembiraan di wajah Isabella. Rasa bersalah juga mula menghantui dirinya. Kalau dia tahu Isabella ada rancangan lain pada musim cuti ini pasti dia tidak akan mengajak Isabella untuk bercuti bersama.
Setibanya di rumah, Isabella segera ke rumah Riona. Sepanjang jalan, hatinya terasa kurang selesa. Dia terkejut melihat ramai orang sedang berada di rumah Riona. Rakan- rakan setugas, kawan- kawan dan saudara mara Riona. Pandangannya beralih ke sekujur tubuh yang terbaring kaku. Wajah yang sangat dikenalinya.
“Rionaaaaaaaa…….” Pandangan Isabella menjadi gelap. Apabila dia sedar dari pengsan, dia berada di bilik Riona. Berbaring di katil sahabatnya itu. “Saya pasti ini untuk kamu.” Abang Riona menghulurkan sekeping kertas kepada Isabella. Kertas yang mempunyai beberapa titisan darah. Darah Riona.
Sahabatku,Pasiran pantai tidak pernah mengeluh walau sering dihempas ombak,Begitu juga sayangku pada persahabatan kita,Tidak akan hilang walau setitik kasih….Tugu persahabatan akan tetap teguh berdiri …Kerana malam tidak pernah menguasai siang.
Pokok- pokok bunga mawar merah mekar berkembang di sekeliling batu nisan Riona. Sekeping kad berwarna kuning terselit di celah kuntuman. Kad yang mempunyai titisan air mata. MAWAR MERAH UNTUKMU. AKU SANGAT MERINDUIMU SAHABATKU.

>> TERIMA KASIH KERANA MEMBACA KARYA SAYA <<<
'JANGAN KETINGGALAN"
Dapatkan KOLEKSI CERPEN saya dengan harga RM25.00
Whatsup : 013 823 7696
Penulis : Salvia Rose
Terima kasih kepada yang telah membeli buku saya.
Terima kasih kerana menyokong saya dalam dunia penulisan.
Comments