Posts

Cerpen Cintaku Di Atas Kertas Karya Salvia Rose

Image
Tajuk Cerpen : Cintaku Di Atas Kertas Karya : Salvia Rose J ika merasakan patah demi patah kata dalam muka surat yang dibaca itu menyakitkan, bukalah ke muka surat yang seterusnya atau tutup buku kemudian buka buku baharu. Mengapa mesti kekal pada  kesakitan yang sama dan cuba untuk menghabiskan sebuah cerita yang hanya memberikan duka dan kelukaan jika diteruskan. Hidup ini sememangnya memerlukan cabaran agar kita bisa menjadi lebih kuat tetapi kita bebas untuk memilih jalan hidup kita sendiri dan mengarahkan mendung berarak dari ruang kehidupan kita.       Inilah kehidupan yang cuba dilalui oleh Valerina. Dia cuba untuk tidak berselisih dengan jejaka yang kini hampir setahun bekerja di bawah syarikat yang sama tetapi di bahagian yang berbeza, ....... Ikuti cerita selanjutnya dalam BUKU KUMPULAN CERPEN CINTA SATU HARI. Dapatkan dari Penulis Salvia Rose dengan harga RM25. Pm di nombor 012 8277466 "Terima Kasih Kerana Menyoko...

Cerpen Cintaku Tertinggal di KDCA Oleh Salvia Rose

Image
Disiarkan dalam Harian Ekspres Ruangan Sastera & Budaya pada 9 Disember 2018 Tajuk : Cintaku Tertinggal Di KDCA Senyuman yang diukir sangat menikam hingga menembusi ruang hati yang telah lama terluka. Walau dicuba untuk tidak tergoda namun pancaran yang indah tetap membuatnya khayal seketika. Gerak laku gadis itu memabukkan pandangannya yang tidak dapat melarikan diri dari terus melihat dan mengkagumi ciptaan tuhan yang sangat sempurna di mata yang melihat. Penerangan yang dituturkan dari bibir bercalit gincu merah jambu itu sangat lunak kedengaran menyapa ke telinga. Parut luka di hati seolah- olah diusap lembut dan hilang entah ke mana, luka yang telah lama mengiringi kehidupannya sejak tiga tahun yang lalu kini tidak dapat dirasakan lagi. Ini adalah kali kedua Melvin berkunjung ke rumah- rumah tradisional yang terletak di dalam kawasan perkarangan KDCA ( Kadazan Dusun Cultural Assosiation ) di Penampang. Rombongan seramai 30 orang pelancong dari pelbagai destinas...

Sekadar Bicara....

Bila Salvia Rose berbicara..... Catatan utk diri sendiri.... Tiada kaitan dgn sesiapa ya... Bila orang tanya mengapa saya suka menulis... Jawapannya ialah kerana satu keminatan yang tebal dan ikhlas dari jiwa yang ingin diluahkan utk perkongsian ilmu, nilai, intergriti diri, perjuangan kehidupan dan banyak lagi agar saya akan sentiasa diingat bila ditanya siapa penulis cerita itu. Tapi tidaklah sampai mahu seperti artis... 😅 😅 Bila orang tanya bila waktu saya menulis sedangkan saya sentiasa sibuk dengan kerja, mengurus anak2 dan pelbagai aktiviti lain ... Jawapannya, saya tidak punya waktu utk menulis tetapi minat membuatkan saya sentiasa menitipkan ruang untuk penulisan saya. Minat dan kecintaan saya dlm dunia penulisan tiada yg dapat menghalang kerana masa akan sentiasa terwujud dari dalam diri saya sendiri.  😍 Bila orang tanya tidakkah anda ingin bersaing dengan penulis2 hebat yg sudah mencipta nama dalam dunia penulisan.... jawapannya, saya hanya ingin menjadi d...

Cerpen Cinta Si Duyung Oleh Salvia Rose

Image
Tajuk : Cinta Si Duyung Penulis : Salvia Rose Cerpen ini adalah antara karya saya yang dimuatkan dalam  BUKU KUMPULAN CERPEN CINTA SATU HARI.  Alunan renangnya tidak lagi selincah seperti seratus tahun yang lalu. Siripnya tidak lagi sekilau mutiara yang disinari mentari pagi. Semuanya semakin pudar jauh meninggalkan zaman mudanya yang penuh dengan kelincahan dan kebahagiaan. Rambutnya yang suatu ketika dahulu berkilau keemasan itu mula pucat dan tidak lagi seindah sinaran rembulan malam. Elonara terbatuk- batuk kecil. Dia duduk di atas batu dan sirip kakinya dilunjurkan ke dalam laut, mengibas- ngibas air lautan yang tidak lagi sejernih dahulu. Kotor. Menyesakkan. Semua dari mereka yang hanya mementingkan diri. Kekotoran dihumbankan ke laut, disalirkan sisa dunia dari kekayan yang telah disedut oleh manusia. Bumi semakin tua. Satu plastik hitam beralun- alun dipukul ombak. Plastik yang kotor dan nampak uzur. Ombak hanya bisa mengalun perlahan tanpa ad...

Puisi Khas Untuk Dia Oleh Salvia Rose

Image
Puisi Khas Untuk Dia Mungkin aku bukan yang terhebat di hatimu Namun aku selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik buatmu Mungkin aku bukan yang tercantik di matamu Namun senyuman yang kupapar ikhlas dari hatiku Mungkin aku bukan yang pertama bertakhta di hatimu Namun aku mahu menjadi yang terbaik pernah kau miliki Yang terindah dalam perjalanan hidupmu Yang sentiasa ada di sisimu Dijatuh dan bangunmu Agar kau bisa ingat pada kita Agar kau tidak akan melupakan aku dari hidupmu Aku akan menjadi yang terbaik dalam memorimu Sehingga kau tak akan bisa memadamkan aku dari hidupmu Salvia Rose 18 Mei 2018

Puisi Perjuangan Wanita Oleh Salvia Rose

Image
Disiarkan dalam Harian Expres  Ruangan Budaya & Sastera pada 12 Ogos 2018  PERJUANGAN WANITA Aku seorang wanita yang kental Yang tidak pernah putus berjuang Yang tidak kenal erti lelah Walau adakalanya aku tersungkur Kesakitan yang amat Aku tetap bangun walau pincang langkahku Aku tetap tersenyum walau ada garis derita di wajahku. Aku tidak akan lemah Walau ada manik yang menitik Melayari pipiku. Kuanggap sekadar mencuci pandanganku Mencari mentari untuk menyinari awan yang mendung Walau perjalananku masih jauh noktahnya Usahaku pasti akan membuahkan cahaya Yang akan bersinar seperti neon- neon di kota Menghiasi jalan kehidupanku Untuk insan- insan yang aku sayangi.

Puisi Dunia Cintaku Belum Berakhir Oleh Salvia Rose

Image
DUNIA CINTAKU BELUM BERAKHIR Aku pernah tersungkur Terduduk pada satu kelukaan Yang jauh menusuk sukmaku Lama kuterdiam dalam kepasrahan Lama kucari damai di hati. Luka cintaku masih berparut Namun aku tidak mengalah pada satu kelukaan Hatiku masih kosong untuk dicintai Hatiku masih suci untuk diterokai Aku pasti … cinta sejati menantiku di luar sana yang akan menghargai hati ini menjaganya hingga ke akhir. Salvia Rose Disember 2017