Sekadar Bicara....
Bila Salvia Rose berbicara.....
Catatan utk diri sendiri.... Tiada kaitan dgn sesiapa ya...
Catatan utk diri sendiri.... Tiada kaitan dgn sesiapa ya...
Bila orang tanya mengapa saya suka menulis... Jawapannya ialah kerana satu keminatan yang tebal dan ikhlas dari jiwa yang ingin diluahkan utk perkongsian ilmu, nilai, intergriti diri, perjuangan kehidupan dan banyak lagi agar saya akan sentiasa diingat bila ditanya siapa penulis cerita itu. Tapi tidaklah sampai mahu seperti artis...😅😅
Bila orang tanya bila waktu saya menulis sedangkan saya sentiasa sibuk dengan kerja, mengurus anak2 dan pelbagai aktiviti lain ... Jawapannya, saya tidak punya waktu utk menulis tetapi minat membuatkan saya sentiasa menitipkan ruang untuk penulisan saya. Minat dan kecintaan saya dlm dunia penulisan tiada yg dapat menghalang kerana masa akan sentiasa terwujud dari dalam diri saya sendiri. 😍
Bila orang tanya tidakkah anda ingin bersaing dengan penulis2 hebat yg sudah mencipta nama dalam dunia penulisan.... jawapannya, saya hanya ingin menjadi diri saya sendiri dan bukan fotostat penulis lain. Saya bukan ahli sasterawan dan saya bukan penulis yg hebat. Bagi saya, pembaca adalah hakim yg paling berkesan kerana kalau mereka berjaya menjiwai tulisan kita, memahami dan mula mencari karya kita yang seterusnya, mula meminati karya2 kita walau ada yg memandang karya eceran sahaja... Itu sudah satu kepuasan kerana penghargaan sebenar adalah bila karya kita dibaca, difahami dan memberikan input kepada pembaca.
Comments