Posts

Buku Kumpulan Cerpen Cinta 1 Hari Oleh Salvia Rose

Image
Buku ini merupakan koleksi cerpen saya yang pertama dan memuatkan 15 buah cerpen yang berkisarkan tentang kehidupan, cinta dan ragam manusia. Jalan cerita yang saya kongsikan hanya naratif yang bersahaja dan sesuai untuk bacaan umum, namun tetap dapat memberikan kesan kepada pembaca. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku ini. Kandungan Buku Cinta Satu Hari Cinta Si Duyung Cintaku Tertinggal Di KDCA Di hatinya Ada Aku Mawar Merah Untuk Riona Hero Di Atas Bukit Sonata Yang Hilang Syukuri Ujian Cintaku Di Atas Kertas Cinta Di Hujung Senja Anak Syurga Cinta Taruhan Cahaya Derita Cinta Dangdut Dapatkan buku ini dengan harga RM25 senaskah.  Hubungi saya di emel blog atau whatsApp 012 8277466

Buku Antologi Cerpen 7 Tahun Mencintaimu Oleh Penulis- Penulis Sabah

Image
Buku Antologi Cerpen 7 Tahun Mencintaimu ini memuatkan 17 orang penulis Sabah yang terkenal. Kenalilah penulis- penulis Sabah melalui karya dalam buku Antologi ini. Karya saya yang bertajuk Cahaya Di Hujung Noktah yang ditulis semula dari karya asal Cahaya Derita merupakan antara karya yang harus anda baca. Miliki buku ini dengan harga RM25 senaskah. Jika berminat hubungi saya di 012 8277466 (whatsApp)

Cerpen Di hatinya Ada Aku Oleh Salvia Rose

Image
Disiarkan dalam Harian Ekspres  Ruangan Sastera & Budaya pada 29 Oktober 2017 Tajuk Cerpen : Di hatinya Ada Aku Penulis : Salvia Rose A ku tidak pernah memaksa sesiapa untuk menyayangi diri ini. Aku dilahirkan seadanya. Aku tidaklah secantik ratu dunia apatah lagi seayu anak dara jiranku di kampung. Aku tetap bersyukur kerana cukup akal dan anggota. Aku mampu untuk berdikari dan aku bebas untuk mengutip kasih sayang yang sentiasa berlimpah di luar sana. Semuanya terletak di tanganku sendiri untuk memilih. Namun aku memilih untuk tidak memiliki kasih sayang itu, apatah lagi untuk menerima cinta itu. B ella merenung jauh lautan yang terbentang luas di hadapannya. Diamatinya lautan biru dengan alunan ombak yang perlahan bermain-main memukul ke pantai. Seolah- olah mengusik pantai dengan hempasan dirinya sambil membawa pasir- pasir bersama namun bukan selamanya. Ditinggalkannya pasir- pasir itu terkapai berantakkan tanpa haluan yang pasti. R ambut panjang hingg...

Cerpen Cahaya Derita Oleh Salvia Rose

Image
 Disiarkan dalam Harian Ekspress  Ruangan Sastera & Budaya pada 30 Julai 2017 Tajuk Cerpen : CAHAYA DERITA Penulis : Salvia Rose J auh sekali renungan mata tua itu. Renungan yang tidak ada noktah dalam perjalanan kehidupannya. Garis- garis kedutan pada wajah jelas terlihat bagai lurah- lurah bumi yang tidak segan untuk melihatkan jurang yang besar. Pemandangan yang direnung hanyalah satu pandangan kosong walau keindahan tersipu- sipu menunjukkan kecantikkan ciptaan Tuhan. “Aku tidak mampu bertahan lagi.” Suara hati Daniel. Merintih pada usia yang sudah senja dan kelam tanpa cahaya bahagia. Hidup seorang diri tanpa teman di sisi. Tiada anak- anak untuk berjalan seiring. Yang ada hanya sebatang tubuh tua yang menanti pengakhiran bagi irama nafas yang tidak lagi indah rentaknya.   Ubat- ubat peneman yang diletak di bekas kotak kasut direnung kaku. Ubat yang hanya memberi kesan pada luarnya tapi tidak pada hati tuanya.   Kalau ikutkan hati, tid...

Cerpen Aku Maafkan Kamu Tanggang Oleh Salvia Rose

Image
Disiarkan dalam Harian Ekspress  Ruangan Sastera & Budaya pada 20 Januari 2019 Tajuk Cerpen : Aku Maafkan Kamu Tanggang Penulis : Salvia Rose Raut wajah itu tidak menampakkan satu pun kerutan keceriaan. Yang ada hanya garis- garis tua yang tidak lagi dapat dikira lapisan alurannya yang telah memenuhi wajah yang sugul, memancar himpunan sisa penyesalan sepanjang hayatnya. Renungan tuanya samar melihat pemandangan di hadapan. Satu pandangan yang pudar dengan penantian yang tidak pernah tertunai. Mata itu tidak lagi mampu melihat dengan jelas kerana selaput putih hampir menguasai sepenuhnya penglihatan yang uzur.             Kini hampir tujuh tahun dia menghuni rumah orang tua itu. Dialah satu- satunya senior di rumah itu kerana teman- teman yang lain sudah pergi meninggalkannya satu persatu. Hanya dia yang memiliki nyawa yang liat untuk pergi meninggalkan jasad kerana ada hasrat terakhir yang belum tertun...

Cerpen Syukuri Ujian Oleh Salvia Rose

Image
Disiarkan dalam Harian Ekspress  Ruangan Sastera & Budaya 1 April 2018 Tajuk Cerpen : Syukuri Ujian Penulis : Salvia Rose Hati kecil ini dulu sering mengeluh, menyalahkan takdir yang memberikan ujian yang tidak dapat dialun dengan ketabahan yang ada. Hanya kepentingan diri sendiri yang kujaga. Aku tidak mahu peduli hal orang lain kerana mereka bukan aku. Aku mahu takdir yang menimpa diubah dan dianjak kepada orang lain. Aku marah dengan realiti yang pahit dan aku tidak mahu terus bergelumang dengannya. Anak perempuanku yang berusia lima tahun duduk di sebelahku dan tumpuannya hanya pada anak patung beruang yang baru kubeli sebelum datang ke klinik ini. Perhatianku tertumpu pada wajahnya yang polos dan suci. Anak yang belum mengerti tentang dunia yang luas di hadapannya. Dunia yang pasti akan memberi kelukaan sepanjang perjalanan hidupnya. Hatiku tiba- tiba sebak. Anak ini kulahirkan normal, tiada cacat celanya. Aku gembira menerima kehadirannya dalam hid...