Posts

Episod Permulaan Bobo oleh Salvia Rose

Image
Bacaan hiburan Episod Permulaan Bobo Penulis : Salvia Rose Genre Lawak ( Maaf saya yang kategorikan sendiri sebab suka hati sayalah...tak kan nak ikut suka hati orang pula ) Saya terpanggil dan terseru dari segenap ruang planet untuk menyajikan cerita tentang kucing kesayangan yang bernama Bobo. Mengapa saya katakan ini ialah kucing kesayangan?  Tentulah dah terang- terang disebut kesayangan maka membawa erti kucing yang disayang sebab hanya kucing ini satu- satunya yang dipelihara  dan tiada saingan dengan kucing yang lain. Dimulakan sejarah kehadiran Bobo. Kucing ini merupakan pemberian dari seorang kawan baik saya. Ya... lah. Tak kan dari musuh pula kannn. Ketika itu Bobo masih boleh diklasifikasikan sebagai anak kucing yang sangat comel. Saya tak mahu terangkan apa warna Bobo kerana semua jelas terlihat pada gambar Bobo. Jika mahu diulang- ulang cakap nanti saya menulis bosan sendiri pula sebab Bobo pun selalu berada depan mata.  Kehadiran ...

Cerpen Mawar Merah Untuk Riona Oleh Salvia Rose

Image
  MAWAR MERAH UNTUK RIONA Penulis: Salvia Rose             Persahabatan ini sangat indah perjalanan kitaran hidupnya tanpa kita sedari. Keserasian yang dikongsi dalam kegembiraan dan kesedihan umpama air yang tidak berhenti mengalir walau ada batuan di sungai yang cuba mengubah arah alirannya. Kekuatan persahabatan itu bukan dinilai dari usia terjalinnya hubungan tetapi pada keserasian dan perhubungan ikhlas yang menerima kekurangan dan kelebihan sahabat, saling melengkapi dan membaiki kelemahan yang ada. Lubang- lubang kebocoran pada belon kehidupan ditampal bersama dan sentiasa dijaga agar tidak ada kebocoran lain yang menggugat jalinan itu.             Isabella tersenyum memandang Riona, sahabatnya. Tidak ada garis- garis duka pada raut wajah itu. Semuanya berjaya disembunyikan di balik tawa dan wajah yang sentiasa dihiasi senyuman. Yang ada...

Cerpen TANGISAN YANG TERLEWAT Oleh Salvia Rose

Image
Disiarkan dalam Harian Express  Ruangan Satera & Budaya   10 Mac 2019 Rasa hatinya mendidih seperti gunung berapi yang baru memuntahkan lava panasnya. Kain basahan dihumbannya kasar ke dalam mesin basuh. Piring dan cawan berdesing bunyinya bila dihentak masuk ke dalam sinki, berlaga sesama sendiri mengeluarkan bunyi yang menyakitkan seolah pertemuan mereka di dalam sinki itu akan berakhir dengan pecahan. Kedengaran langkah kasar hentakkan kaki mengalunkan bunyi rasa tidak puas hati dengan apa yang terjadi pada dirinya. Dia benci bila masa santainya dihantui dengan perasaan marah yang bertapak di hati. Dia cuba untuk bersabar namun dia tetap kalah dalam realiti yang terpaksa ditelan kepahitannya.  Sejak ibu disahkan lumpuh separuh badan, semua tugas diserahkan kepadanya. Dia tidak kisah dengan semua itu, malah dia sanggup berkorban berpindah dari rumah sewa yang berdekatan dengan pejabat kerjanya dan berulang- alik sejauh 30km setiap hari. Namun apa...

Cerpen Cintaku Di Atas Kertas Karya Salvia Rose

Image
Tajuk Cerpen : Cintaku Di Atas Kertas Karya : Salvia Rose J ika merasakan patah demi patah kata dalam muka surat yang dibaca itu menyakitkan, bukalah ke muka surat yang seterusnya atau tutup buku kemudian buka buku baharu. Mengapa mesti kekal pada  kesakitan yang sama dan cuba untuk menghabiskan sebuah cerita yang hanya memberikan duka dan kelukaan jika diteruskan. Hidup ini sememangnya memerlukan cabaran agar kita bisa menjadi lebih kuat tetapi kita bebas untuk memilih jalan hidup kita sendiri dan mengarahkan mendung berarak dari ruang kehidupan kita.       Inilah kehidupan yang cuba dilalui oleh Valerina. Dia cuba untuk tidak berselisih dengan jejaka yang kini hampir setahun bekerja di bawah syarikat yang sama tetapi di bahagian yang berbeza, ....... Ikuti cerita selanjutnya dalam BUKU KUMPULAN CERPEN CINTA SATU HARI. Dapatkan dari Penulis Salvia Rose dengan harga RM25. Pm di nombor 012 8277466 "Terima Kasih Kerana Menyoko...

Cerpen Cintaku Tertinggal di KDCA Oleh Salvia Rose

Image
Disiarkan dalam Harian Ekspres Ruangan Sastera & Budaya pada 9 Disember 2018 Tajuk : Cintaku Tertinggal Di KDCA Senyuman yang diukir sangat menikam hingga menembusi ruang hati yang telah lama terluka. Walau dicuba untuk tidak tergoda namun pancaran yang indah tetap membuatnya khayal seketika. Gerak laku gadis itu memabukkan pandangannya yang tidak dapat melarikan diri dari terus melihat dan mengkagumi ciptaan tuhan yang sangat sempurna di mata yang melihat. Penerangan yang dituturkan dari bibir bercalit gincu merah jambu itu sangat lunak kedengaran menyapa ke telinga. Parut luka di hati seolah- olah diusap lembut dan hilang entah ke mana, luka yang telah lama mengiringi kehidupannya sejak tiga tahun yang lalu kini tidak dapat dirasakan lagi. Ini adalah kali kedua Melvin berkunjung ke rumah- rumah tradisional yang terletak di dalam kawasan perkarangan KDCA ( Kadazan Dusun Cultural Assosiation ) di Penampang. Rombongan seramai 30 orang pelancong dari pelbagai destinas...